::PLEASE READ THIS BEFORE PROCEED::

Blog ini hanya memaparlan PENDAPAT PERIBADI si penulis..anda BOLEH bace,tp DILARANG SAMA SEKALI @ 2 KALI @ BEBERAPA KALI SELEPASnyer menggunakan bahan2 yg ade disini untuk tujuan yang tidak MUNASABAH..setiap org ade pendapat masing2, termasuklah si penulis...

::GENG SIBER::

Wednesday, January 19, 2011

Motivasikan Diri : Terimalah Seadanya..



"Inilah saya...
Beginilah saya dan inilah apa adanya saya.."

Assalamualaikum smua...

Cuba pandang kiri dan kanan, di hadapan serta dibelakang.. lihatlah siapa disisi kita, yang mengelilingi kita... yang sedang tersenyum kepada kita.. mungkin yang sedang menjeling kepada kita... lihatlah mereka...

pernahkah anda meluangkan masa di satu tempat yg sesak (mungkin ketika menaiki LRT, atau mungkin juga ketika berjalan-jalan di pasar mlm) hanya untuk memerhatikan gelagat mereka yg singgah disisi anda hanya utk beberapa saat - sekadar bersentuhan bahu?? apa pandangan pertama yg anda fikirkan mengenai mereka??

[dari konteks pemerhatian seorang perempuan]

---> wahhhh!!! cantiknya rambut dier....
---> wahhhh!! cantiknya baju dier...
----> lawa la makeup dia...
----> cantiknya muke dier...
----> aku pon nak la body tinggi lampai cam tu....

bkn saje perempuan tp lelaki juga x terkecuali utk berkata pd diri sendiri pabila terserempak dgn lelaki tampan yg lengkap pakejnye....hensem + bdn tegap + naek kete mewah.. wahhh..mmg jeles seh... saye pon nak jd cam tu la....

tanpa kite sedar, kite dah ade kat butik CK, TOMMY, FCUK, BRITISH INDIA dll just utk beli baju yg model pakai kat dlm majalah yg baru jer kite beli mase turun lunch td... kenapa??? sbb kita pun nak nampak hensem/cantik cam model2 tuh... tp x salah pon jika anda wat cam tu..

cuba kite tgk kat dlm cermin... siapa yg kite nampak?? adakah seorang individu yg hodoh, menjijikkan?? atau seorang yg kita sendiri pun x kenal??

setiap individu dilahirkan dgn keistimewaan yg tersendiri yg kadangkala kite sendiri x sedar kalo x der org yg ingatkan... kenapa?? sbb kite mungkin terlalu sibuk untuk menjadi org lain... betol x??

jika anda salah seorang yg sedang sibuk berpura-pura menjadi seseorang yg bkn diri anda, hentikanlah... kasihankan la pada diri sendiri.. kasihankan la juga kepada kawan-kawan anda... kasihankan la juga kepada mereka yg sedang tertipu dgn anda.. jadi la diri sendiri...

setiap kali anda merasa sedih kerana anda bkn perempuan secantik Erra Fazira, seseksi angelina jolie ataupun tidak mempunyai pengaruh seperti rosmah mansor - x mengapa... pandang lah cermin sambil berkata :

"INILAH SAYA. BEGINILAH SAYA DAN INILAH APA ADANYA SAYA.."

ulang la ayat di atas sehingga anda merasa cukup lega dgn pemberian Allah SWT/tuhan anda dan bersyukurlah... kecantikan, karisma serta pengaruh yg sebenar hanya akan menyerlah setelah anda menerima diri anda seadanya anda...

yakinlah diri anda sendiri - anda juga mampu untuk melakukan apa yg mereka lakukan walaupun anda menjadi diri sendiri.. jika anda yakin, anda mampu melakukan segalanya yg anda sendiri x pernah fikirkan... jangan terlalu taksub utk menjadi cantik hinggakan anda mengabaikan diri anda yang sebenar...

sesungguhnya individu yang mampu menerima diri sendiri seadanya dia mampu untuk hidup lebih bahagia dan lebih tenang berbanding dengan individu yang hidup dalam kepura-puraan..


2 comments:

  1. "INILAH SAYA. BEGINILAH SAYA DAN INILAH APA ADANYA SAYA.."
    -dan saya tak hipokrit:)

    ReplyDelete
  2. @athifah saidi-->saya tau...huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...